Lama sungguh untuk OTER menyiapkan sambungan program ETtU V2.0 ini. Seperti yang telah diceritakan sebelum ini, para peserta bermalam di Kolej Tuanku Canselor. OTER tidak dapat menggambarkan keadaan dan suasana mereka bermalam di asrama namun menurut cerita beberapa orang pelajar lelaki, mereka seronok dapat bermalam disini dan salah satu aktiviti di luar jangkaan para fasilitator adalah mereka bersembang sambil lepakking dengan pelajar antarabangsa yang mendiami satu aras asrama mereka.
Okey, terus masuk hari kedua. Selapas sarapan dan check-out dari bilik masing-masing, para pelajar terus di bawa untuk melawat Dewan Sultan Iskandar, yang merupakan Dewan Utama upacara rasmi aktiviti university. Dengan diiringi oleh fasilitator, mereka dibawa ke seluruh pelusuk DSI itu sambil menjalankan beberapa aktiviti ringan serta mendengar penerangan ringkas. Moh kita ushar sikit apa yang berlaku.
|
khusyuk mendengar taklimat dan penerangan ringkas |
|
sambil berrefreshment sambil bermain alatan muzik |
|
aik..sempat lagi bermain latan muzik di Unit Kebudayaan!! |
Selesai segala kawasan DSI, seterusnya adik-adik ini dibawa ke Dataran Agora untuk menjalankan aktiviti LDK. Selepas selesai minum pagi, mereka terus menjalani game-game yang menguji kepantasan fizikal dan mental. Jom kita lihat antara aksi yang dirakamkan oleh mereka ketika ‘berperang’ di Dataran Agora ini.
|
Sesi Warming Up..game telur-ayam-beruang-raja |
|
masa untuk berperang di Dataran Agora |
|
fikir yer...tapi jangan sampai bergaduh |
Dah letih berperang, kita berehat sebentar. Dan aktiviti diteruskan lagi dengan game yang memang mencabar minda peserta. Kali ini, bertempat di bilik khas DSI, para peserta memerlukan kerjasama sepasukan dalam menjayakan misi mengalih ahli kumpulan dengan arahan seorang planner. Silap langkah, planner dan anak buah terkorban. Layan jer
|
dengar betul-betul arahan..kalau tak kene denda |
|
ketua Fasi pun amat sporting untuk menjalankan aktiviti |
Tamat aktiviti LDK, setiap kumpulan diberi masa untuk bersama-sama dengan abang dan kakak fasi masing-masing didalam kumpulan. Fasi kumpulan masing-masing berusaha untuk mendekati lebih rapat lagi adik-adik mereka dengan pelbagai aktiviti serta makan tengah hari bersama-sama.
Selepas menunaikan solat Zohor, majlis penutupan rasmi program ETtU ini. Majlis dijalankan dengan ringkas melalui ucapan Guru Kaunselor serta Pengarah Program serta penyampaian cenderamata. Setiap peserta juga diberikan cenderamata istimewa kenangan bersama SmartCampers di UTM.
|
sesi penyampaian cenderahati |
|
seronok sakan dapat cenderahati @ nak balik?? |
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Sebagai tanda kenang-kenangan, semua peserta, guru pengiring serta barisan fasilitator memahatkan tanda kenangan dengan bergambar bersama-sama. Sedih-sedih :(
|
Nie boleh masuk majalah sekolah :) |
|
Good Luck untuk anda semua | | | | |
|
Kami di pihak Smart Camp memohon jutaan kemaafan kepada semua peserta serta guru pengiring daripada SMK Seri Lalang jika sepanjang perjalanan program, terdapat perkara yang tidak memuaskan hati anda semua. Semoga jalinan ukhwah dan kerjasama antara Smart Camp dan SMK Seri Lalang dapat diteruskan pada masa hadapan. Kami doakan agar adik-adik semua terus maju dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment