Wednesday, December 19, 2012

Annual Grand Meeting SC 2012



Annual Grand Meeting Smart Camp 2012
14 Disember 2012
Smart Camp,
Bilik Jamuan, DSI
Tema : Biru

Annual grand meeting atau singkatannya AGM adalah majlis formal yang mempunyai aturcara seperti pembentangan laporan aktiviti setahun dan laporan kewangan iaitu duit keluar masuk sepanjang tahun serta pembubaran organisasi kini untuk digantikan dengan organisasi baru yang lebih segar dari segi buah fikiran dan tenaga fizikal.

Tahun ni dijalankan di Bilik Jamuan, Dewan Sultan Iskandar seperti Jamuan Akhir Tahun dan Alumni yang lepas kerana renovation yang dijalankan di Dewan Astana. Tetapi tidak nampak pun kesan-kesan di-renovate. Tak mengapa, asalkan Smart Camp berjaya menjalankan majlis formal ini walaupun ada sedikit cacat cela. Lebih kurang 40 orang tetamu yang hadir pada malam itu memeriahkan suasana.

Majlis yang berbentuk ala-ala dinner ini dipengarahkan oleh Rohaizad sendiri, iaitu Pengarah Smart Camp sesi tahun 2011/2012. Dan menurutnya, ini adalah program terakhir untuk dia menjadi pengarah. Dibawahnya macam biasa la, ahli MT Smart Camp yang laen berganding bahu bersama untuk terakhir kalinya.

Malam itu dimulakan dengan ucapan berbentuk terima kasih, tahniah, dan amanat untuk Majlis tertinggi yang bakal naik menerajui Kelab Smart Camp ini oleh Pengarah Smart Camp sendiri iaitu Rohaizad.

Kemudian, diteruskan dengan sesi makan-makan dimana menu malam itu ialah nasi ayam madu yang ditempah khas dari Arked K9. Sedap nasi ayam tu, ada yang tambah nasi. Makan malam sambil melayan montaj yang diisi dengan gambar-gambar kenangan sepanjang setahun di bawah MT sesi 2011.

Selepas makan bermulalah sesi pembentangan laporan setiap program yang dijalankan sepanjang tahun oleh setiap pengarah program. Dimulai dengan program Kem Pro dan 3S (Fizah), Kem Mumtaz Sokmo (Fatin), Educational Trip (Rozana), Extravaganza 1 dan 2 (Rafi), Towards d'Limit (Kamarul), Kem Pemantapan (Zikri). Laporan kewangan Smart Camp sepanjang tahun pula dibentangkan oleh Bendahari Smart Camp sendiri iaitu Kamarul.

Sesudah habis semua itu, para MT kehadapan untuk menjawab soalan-soalan dari para hadirin. Dah tentu soalan glemer adalah "korang rasa korang da jalankan tugas dengan baek tak sepanjang memegang jawatan ni?" Dan semua jawab dengan tenang dan yakin. Kemudian organisasi itupun dibubarkan. Selang beberapa minit kemudian para MT baru diperkenalkan.

Cabutan bertuah menjadi acara terakhir majlis itu dimana hanya 7 hadiah diperuntukkan dan penulis maseh lagi tidak mempunyai tuah untuk cabutan itu.

Untuk para MT baru, jalankan tugas dengan baik, pastikan lebih baik dari MT yang lepas. -peace-

Nak tau siapa MT baru? Klik Sini
Nak tengok gamba? Klik Sini dan Sini