PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, October 28, 2010

Tempahan T-Shirt & Baju Koporat SC dibuka

salam kasih sayang daripada oter untuk semua. setelah berbincang, akhirnya pihak Smart Camp telah bersepakat untuk membuka tempahan t-shirt kelab dan baju koporat kepada family Smart Camp khususnnya dan kepada sesiapa yang berminat amnya... design kedua-dua baju tersebut adalah seperti dibawah :



 Design berkomputer untuk baju koporat


 baju yang sedia ada yang diperaga oleh model (baju hitam tidak masuk list)


 pandangan belakang baju tersebut. baju t-shirt merah tidah dijual pada tahun ini

koleksi baju Smart Camp

Harga untuk kedua - dua baju ini adalah berdasarkan pakej :
          1) Pakej 1 [ Baju koporat & T-shirt biru ] - RM 65.00
          2) Pakej 2 [ Baju koporat sahaja ] - RM 50.00
          3) Pakej 3 [ Baju T-shirt biru sahaja ] - RM 20.00

Kepada sesiapa yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan mesej anda di bahagian komen ataupun terus ke laman Facebook kami. Ayuh...kita sama-sama milikinya

Tuesday, October 26, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ~

since blog ni dibuka, ni kali ke-2 oter update. maaflah. oter sangat busy. jom tengok kalendar. dah 26 Oct kan? cukup 21 tahun umur salah seorang MT Smart Camp. so, pasni umur dia dah tak leh kira ngan jari. kalau anda rasa jari anda boleh kira, maknanya, anda alien. hii

ops,lupa nak bagitau birthday sape. hari ni, birthday Saudara Muhammad Faiz Noor Hasim. memegang portfolio Profesionalisme & Protokol. tergerliat lidah oter nak menyebutnye. adeh.

jom kita nyanyi ramai- ramai. sediakan payung ye :

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO FAIZ
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...


kami semua dari Smart Camp mengucapkan selamat hari lahir, moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan jodoh yang baik (hii), dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi. selamat kau,faiz. nasib baik dah nak final exam. kalau tak memang faiz dah kena facial ngan telur and tepung. haha



Friday, October 22, 2010

SALAM UKHUWAH FILLAH

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim....

secara rasminya saya membuka blog ini untuk tatapan umum. cukupla dengan membahasakan diri saya sebagai Oter (dipetik dari perkataan author). memulakan entri baru dengan gambar yang penuh dengan keharmonian melambangkan betapa utuhnya kami di bawah satu bumbung yang diberi nama Smart Camp.


berpegang pada moto " KECEMERLANGAN SAHSIAH MELALUI DUNIA KEFASILITATORAN ", kami menyemai sifat-sifat mahmudah dikalangan setiap ahli. melahirkan fasilitator yang bermutu bukan untuk mengejar nama mahupun wang tetapi kerana kasih dan sayangnya kami pada anak-anak bangsa. mengimpikan mereka menjadi yang terbaik antara yang terbaik itulah matlamat kami.

dengan trademark " SAYANG SC ", kami bangkit dengan semangat yang tinggi. pelbagai program yang kami kelolakan. baik dalam kampus, negeri Johor mahupun luar negeri Johor. segala cabaran dan dugaan kami lalui hanya kerana satu matlamat itu.

untuk mengenali kami dengan lebih dekat, kalian bolehla terus ke facebook kami ---> SMART CAMP