PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sejarah Smart Camp


Program Kecermelangan Akademik Bumiputera atau secara ringkasnya PROKAB telah ditubuhkan pada tahun 1994 di Kolej Tuanku Canselor (KTC) UTM Skudai hasil usaha Profesor Madya Mohd Zahid Bin Haji Deraman yang pada ketika itu bertugas sebagai felo KTC. 
     Matlamat penubuhan PROKAB adalah untuk meningkatkan kualiti pelajar bumiputera dalam bidang akademik dan pembangunan sahsiah melalui pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran yang dimiliki oleh mahasiswa da mahasiswi KTC. 
    Antara lain, penubuhan PROKAB telah memberi peluang kepada mahasiswa UTM dan penghuni KTC khususnya untuk mendampingkan diri dengan masyarakat luar khasnya masyarakat pelajar. 
     Pada tahun 1997, PROKAB telah menukar namanya kepada SMART CAMP tanpa menukar matlamat asal penubuhan serta agenda yang dipikulnya. 
     Sehingga hari ini, SMART CAMP telah mengadakan banyak program bagi peringkat lapisan masyarakat dan kejayaan SMART CAMP menjayakan program tersebut menunjukkan bahawa anggota SMART CAMP tidak pernah jemu untuk berbakti kepada masyarakat.