PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, July 14, 2013

EVOLUSI ETXRAVAGANZA 2013 - FASA 1 (DAY 2)



Assalamualaikum,readers !

maaf lambat update sambungan Program Evolusi Extravaganza 2013 Fasa 1 hari kedua. sibuk sangat. ok, sekarang oter nak sambung cerita.

al-kisahnya...

seawal jam 5.30 pagi lagi adik-adik fasi dan semua fasi dah bangun.ada yang bangun awal lagi ye. siap-siap khidmat diri semua. jam 6.00 pagi semua dah ada kat surau untuk solat subuh berjemaah bersama-sama. masa ni lah nak merapatkan ukhuwah antara satu sama lain. kan kan?

selesai solat subuh, dalam jam 7.00 pagi camtu la, semua berkumpul kat padang mini sebelah khemah perempuan untuk senaman pagi. senaman pagi diketuai oleh fasi-fasi lelaki sendiri ye. senaman untuk badan cergas,otak cerdas .yeah ! kasi yang mengantuk celik luas-luas. hehe. selepas senaman pagi, kami ada buat 1 refreshment. or mess-up refreshment. kami main Simon Says. di mana kan ada seorang fasi bagi arahan. contoh arahan " simon says berdiri ", so semua peserta kena berdiri la. tapi, kalau fasi tu bagi arahan " kak lijah says duduk ", peserta duduk jugak, kira out la. sebab permainan ni nama simon says. bukan kak lijah says. hehe.



aha.tenggelam fasi di antara adik-adik fasi :)



fasi memberi sedikit penerangan kepada adik-adik fasi tentang permainan Simon says.



" Simon says.... DUDUK ! "



" Simon says..BUAT BARISAN PALING PANJANG !" .. masa ni dah tinggal 2 group..haha


dan..group yang menang akan berlawan sesama sendiri untuk mencari pemenang. selepas senaman pagi dan permainan Simon says, semua peserta berkumpul untuk makan sarapan pagi dan bersedia untuk slot seterusnya. slot seterusnya adalah slot tusyen yang dikendalikan oleh tutor-tutor dari pusat tusyen skor bestari. slot bermula pada jam 8-9 pagi untuk sesi 1 dan 9-10 pagi untuk sesi 2.









 tengok, betapa tekun dan fokusnya adik-adik kita semasa belajar. :)



ok,cuci mata kejap. inilah RUNNER-RUNNER yang terlibat semasa program. merekalah fasi, driver, doctor, sentri, pengawal dan macam-macam lagilah !



selepas slot tusyen, peserta rehat 15 minit dan tea-time ! isi perut dulu selepas belajar kan? hehe..selepas itu mereka berkumpul untuk slot potensi diri iaitu RUMAH IDAMAN.

dalam slot ini, peserta dikehendaki membina rumah idaman menggunakan bahan-bahan yang diberikan. setiap kumpulan akan mendapat bahan yang berlainan mengikut cabutan undi. bahan-bahan yang disediakan ialah :

A) GABUS ( 30mm x 30mm ) atau PLASTISIN
B) LIDI ATAU STRAW
C) SELOTAPE ATAU BENANG


masa yang diberikan untuk menyiapkan rumah idaman masing-masing adalah 1 jam dan 45 minit untuk presantation. di mana setiap group diberikan masa 5 minit untuk membentangkan hasil kerja masing-masing. semasa perbentangan, peserta dikehendaki menyatakan setiap kekuatan dan kelemahan pada rumah yang dibina.



















macam-macam style rumah yang dibina. ada bakat jadi arkitek :)

Rasional dari slot ini ialah setiap orang ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. dan kekuatan itu dapat menutup kelemahan yang ada dalam diri.

seterusnya aktiviti diteruskan lagi dengan permainan BOOM! yang dikendalikan oleh super senior kami yang sentiasa turun untuk program-program Smart Camp iaitu Abang Mus. masa permainan ni memang meriah. boleh nampak semangat kerjasama antara ahli kumpulan.










selepas itu, peserta berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat zuhur dan berkumpul semula pada jam 2.00 petang untuk slot time management iaitu RESTAURANT MANAGER.

dalam slot ini, setiap kumpulan dikehendaki membuat plan restoran, organisasi, menu, signboard, konsep restoran dan pakaian untuk waiter dan waitress. ketika menyiapkan tugasan yang diberi, beberapa peserta akan dipanggil untuk menyiapkan beberapa tugasan luar yang lain. setiap tugasan akan diselesaikan oleh peserta secara bergilir-gilir.




































selepas semua tugasan selesai, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja masing-masing. semua ada bakat jadi manager. dah boleh buka restoran sendiri ye :)










Rasional slot Restaurant Manager :

adik-adik dapat belajar cara menguruskan masa yang betul.selain itu, kita hendaklah menyediakan "back-up" plan kerana tak semestinya apa yang kita dah jadualkan atau susun tu akan dipatuhi 100 %. kemungkinan akan ada gangguan luar yang datang secara tiba-tiba.

selepas slot pengurusan masa, peserta dilepaskan untuk solat asar seterusnya berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk berbincang tentang persembahan untuk malam kebudayaan malam itu sementara menunggu waktu makan malam. untuk malam kebudayaan, setiap kumpulan diberikan tajuk cerita dongeng seperti bawang merah bawang putih, cindrella, rapunzel dan macam-macam lagi. peserta hendaklah menyampaikan persembahan berkonsepkan teater muzikal.










suasana malam kebudayaan dihangatkan lagi dengan pengerusi majlis sentiasa meng'update'kan score perlawanan bola antara JDT dan KELANTAN.

selepas tamatnya malam kebudayaan, peserta berkumpul untuk supper sebelum memulakan night walk. night walk adalah acara yang memang ditunggu-tunggu. setiap kumpulan akan dilepaskan satu persatu untuk masuk ke dalam hutan dengan diiringi oleh seorang fasi kumpulan masing-masing. night walk dimulakan pada jam 12 malam. memang adventure !

selepas keluar dari hutan, peserta akan dilepaskan untuk berjalan seorang diri dari tempat berkumpul ke dewan. dalam 200 meter jugak rasanya. or less. agak menyeramkan la. dalam jam 2 pagi kot. tapi seronok ! fasi pon kena jugak. dan night walk berakhir pada jam 4 pagi. dan walk alone ni tradisi setiap tahun untuk memupuk semangat keyakinan yang tinggi dalam diri setiap peserta selain melawan ketakutan dalam diri.

setelah tamat night walk, peserta pulang ke khemah untuk tidur untuk aktiviti keesokan harinya. untuk hari ketiga, lain hari oter sambung ye ! hehe


Sebarang pertanyaan boleh ke page Facebook kami :







No comments:

Post a Comment