Tuesday, May 10, 2011

Epilog disebalik Educational Trip to UTM V2.0

salam buat semua...rasa-rasanya belum terlambat untuk OTER mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu. Dan yang penting, setiap hari itu adalah Hari Ibu kan~~~Sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibu...

Selepas tamat Edu. Trip V2.0 hari tue, maka Khidmat Pendidikan Smart Camp untuk semerter ini berakhir dan mungkin bersambung dengan Extravagnza pulak. Okey, sementara mood Edu. Trip masih ada, OTER nak berkongsi serba sedikit gelagat fasi yang tak lekang senyuman mereka untuk bersama-sama adik-adik SMK Seri Lalang hari tue. Jom check it out~~
happy face every where at anytime
kepalsuan dalam mimik muka yang kononnya ketat.. :)
smile again....senyum tetap senyum walau letih
Sungguh bergaya dan kacak abang-abang & akak-akak fasi kita ini bersama dengan baju t-shirt Smart Camp yang kool itu...Jelas terpancar senyuman yang penuh ikhlas kot dari mereka.... So, selain baju t-shirt Biru itu, mereka juga manis bergaya dengan baju koporatnya...
macam--macam gaya macam-macam pose
tiada masalah muka ketat pun mereka ini
walaupun badan tersa letih, namun kepuasan jelas terpancar di raut wajah mereka :)
Maka, berakhirlah Epilog di sebalik program Educational Trip to UTM V2.0 ini. Sebelum terlambat, OTER ingin mengucapkan selamat bercuti dan menjalani praktikal bagi mereka yang terlibat. Semoga kita berjumpa lagi selepas ini. DAA~~

Monday, April 25, 2011

last part - Educational Trip to UTM V2.0 SMK Seri Lalang

Lama sungguh untuk OTER menyiapkan sambungan program ETtU V2.0 ini. Seperti yang telah diceritakan sebelum ini, para peserta bermalam di Kolej Tuanku Canselor. OTER tidak dapat menggambarkan keadaan dan suasana mereka bermalam di asrama namun menurut cerita beberapa orang pelajar lelaki, mereka seronok dapat bermalam disini dan salah satu aktiviti di luar jangkaan para fasilitator adalah mereka bersembang sambil lepakking  dengan pelajar antarabangsa yang mendiami satu aras asrama mereka.

Okey, terus masuk hari kedua. Selapas sarapan dan check-out dari bilik masing-masing, para pelajar terus di bawa untuk melawat Dewan Sultan Iskandar, yang merupakan Dewan Utama upacara rasmi aktiviti university. Dengan diiringi oleh fasilitator, mereka dibawa ke seluruh pelusuk DSI itu sambil menjalankan beberapa aktiviti ringan serta mendengar penerangan ringkas. Moh kita ushar sikit apa yang berlaku.
khusyuk mendengar taklimat dan penerangan ringkas
sambil berrefreshment sambil bermain alatan muzik
aik..sempat lagi bermain latan muzik di Unit Kebudayaan!!
Selesai segala kawasan DSI, seterusnya adik-adik ini dibawa ke Dataran Agora untuk menjalankan aktiviti LDK. Selepas selesai minum pagi, mereka terus menjalani game-game yang menguji kepantasan fizikal dan mental. Jom kita lihat antara aksi yang dirakamkan oleh mereka ketika ‘berperang’ di Dataran Agora ini.
Sesi Warming Up..game telur-ayam-beruang-raja
masa untuk berperang di Dataran Agora
fikir yer...tapi jangan sampai bergaduh
Dah letih berperang, kita berehat sebentar. Dan aktiviti diteruskan lagi dengan game yang memang mencabar minda peserta. Kali ini, bertempat di bilik khas DSI, para peserta memerlukan kerjasama sepasukan dalam menjayakan misi mengalih ahli kumpulan dengan arahan seorang planner. Silap langkah, planner dan anak buah terkorban. Layan jer
dengar betul-betul arahan..kalau tak kene denda
ketua Fasi pun amat sporting untuk menjalankan aktiviti
Tamat aktiviti LDK, setiap kumpulan diberi masa untuk bersama-sama dengan abang dan kakak fasi masing-masing didalam kumpulan. Fasi kumpulan masing-masing berusaha untuk mendekati lebih rapat lagi adik-adik mereka dengan pelbagai aktiviti serta makan tengah hari bersama-sama. 

Selepas menunaikan solat Zohor, majlis penutupan rasmi program ETtU ini. Majlis dijalankan dengan ringkas melalui ucapan Guru Kaunselor serta Pengarah Program serta penyampaian cenderamata. Setiap peserta juga diberikan cenderamata istimewa kenangan bersama SmartCampers di UTM.
sesi penyampaian cenderahati
seronok sakan dapat cenderahati @ nak balik??
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Sebagai tanda kenang-kenangan, semua peserta, guru pengiring serta barisan fasilitator memahatkan tanda kenangan dengan bergambar bersama-sama. Sedih-sedih :(
Nie boleh masuk majalah sekolah :)
Good Luck untuk anda semua

Kami di pihak Smart Camp memohon jutaan kemaafan kepada semua peserta serta guru pengiring daripada SMK Seri Lalang jika sepanjang perjalanan program, terdapat perkara yang tidak memuaskan hati anda semua. Semoga jalinan ukhwah dan kerjasama antara Smart Camp dan SMK Seri Lalang dapat diteruskan pada masa hadapan. Kami doakan agar adik-adik semua terus maju dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Friday, April 15, 2011

sambungan Edu. Trip SMK Seri Lalang

Cerita ETtU disambung selepas berehat sembahyang Jumaat. Selepas selesai menunaikan fardhu Jumaat di Masjid Sultan Ismail, fasilitator mengiringi adik-adik dan guru pengiring ke parking FAB untuk meneruskan aktiviti lawatan iaitu ke Makmal Aeronautik. Memandangkan mengikut tentative, jam 3 petang baru lawatan bermula, adik-adik dibawa untuk mengelilingi kampus UTM menaiki bas sehingga ke kawasan Kolej Dato’ Onn Jaafar sebelum terus menuju ke Makmal Aeronautik.

Jom ushar sket apa yang berlaku di sana ~~`
dengan penuh teratur, segak bergaya mereka dibawa menuju ke Makmal Aeronautik
segala bagai penerangan disampaikan..terowong angin, model kereta ETC...
pejuang-pejuang SMK Seri Lalang bersama Jet Pejuang & Kereta F1 :)
fasilitator juga tidak melepaskan peluang utk bersama-sama memahat kenangan di sini
Settle taklimat, penerangan ringkas dan bergambar dengan 3 jet pejuang lama TUDM, adik-adik ini dibawa pulang untuk check-in ke bilik untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti riadah. Untuk adik-adik, mereka menginap di asrama Kolej Tuanku Canselor manakala untuk guru pengiring di Rumah Tamu Scholar Inn

Selepas berehat, berkemas dan solat Asar, para peserta ini dikehendaki untuk berkumpul di perkarangan S01 untuk sesi beriadah. Aktiviti riadah yang ringkas telah dijalankan iaitu berjogging ke Tasek UTM dan sesi LDK yang pertama iaitu ice-breaking serta pembentukan kumpulan. Jom terjah lagi~~
macam biasa lah..denda bagi yang lambat & regangan sebelum beriadah
mengatur langkah menuju ke Tasek
antara aksi yang sempat dirakamkan
Selesai aktiviti di Tasek, para peserta dibawa pulang ke kolej kembali untuk persiapan diri serta makan malam sebelum aktiviti malam dimulakan. Untuk aktiviti malam, slot muhasabah diri dijalankan bagi menilai diri dan tanggungjawab masing-masing sebagai seorang pelajar dan anak.
komunikasi 2 hala utk menarik perhatian peserta
selesai xtvt, saat meluahkan perasaan yang terpendam
dari hati yang tulus murni & ikhlas
sambil-sambil meningkatkan kembali semangat dalam diri adik-adik ini
Tamat aktiviti malam, para pelajar dibawa kembali untuk berehat di bilik masing-masing. Sebelum pulang ke bilik, silalah menjamah sedikit biskut kering dan teh o panas sebagai alas perut sebelum masuk tidur. Aktiviti hari pertama tamat di bilik masing-masing sebelum disambung untuk hari yang kedua.
menikmati juadah ringkas
sambil mendengar penerangan ringkas utk aktviti hari esoknya
Berakhirnya hari pertama, dan hari kedua bakal menyusul dengar aktivit yang berlainan. Cerita akan bersambung lagi. Sekali lagi, untuk melihat gambaran perjalanan aktiviti dengan lebih jelas, sila ke album di Fan Pages Smart Camp.

Wednesday, April 13, 2011

Educational Trip to UTM V2.0 - SMK Seri Lalang

Sekali lagi, Kelab Smart Camp telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan satu lagi khidmat pendidikan untuk tahun 2011 ini pada 8 – 9 April 2011 yang lepas. Khidmat Pendidikan ini yang dikenali sebagai “Educational Trip to UTM V2.0” disertai oleh pelajar dari SMK Seri Lalang, Kluang. Seramai 75 orang pelajar yang terdiri daripada pemegang Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) serta 8 orang guru pengiring dengan kekuatan fasilitator serami 19 orang telah berkampung di Kolej Tuanku Canselor (KTC).

Objektif utama pengajuran Educational Trip ini adalah untuk membentuk jati diri dan sahsiah pelajar melalui pendekatan ‘learning by doing’. Dengan program yang dirancang adalah berbentuk lawatan ke beberapa tempat di sekitar UTM dan perkongsian pengalaman bersama fasilitator dalam LDK, secara tidak langsung membawa para peserta merasai kehidupan sebagai pelajar UTM khususnya walaupun cuma 2 hari 1 malam sahaja berkampung disini. Jom kita tengok aktiviti yang telah dijalankan~~

Seawal jam 8.45 pagi lagi, abang-abang & kakak-kakak fasi telah menunggu kedatangan adik-adik ini di perkarangan S01 dan di pintu utama UTM. Setelah sampai di S01, fasi telah bersama-sama menaiki bas menuju ke destinasi pertama. Dengan diiringi oleh petugas keselamatan UTM, bas menurunkan adik-adik ini di hadapan Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.
Menunggu ketibaan serta waktu ketibaan di BCSI
Sesi penerangan ringkas & ucapan selamat datang ke UTM
Setelah mendengar ucapan ringkas daripada Pengarah Program serta daripada pihak Unit Pemasaran Universiti, adik-adik ini telah dibawa untuk melawat Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ).
Ucapan & penerangan ringkas sebelum menjelajah PSZ
Penerangan lebih jelas drpd pustakawan PSZ
Mencuba segala kemudahan yang disediakan di PSZ
Tamat sahaja sesi lawatan dan penerangan daripada petugas di PSZ, setrusnya adik-adik ini telah dibawa ke Fakulti Sains. Mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan besar untuk melawat 2 ke kawasan Jabatan Kimia serta Jabatan Fizik.
masing-masing mempamerkan pelbagai reaksi ketika di FS
Sesi penerangan dan penjelasan yang mantap daripada pegawai di FS
ada yang teruja dengan makmal laser, makmal pembuatan kaca dll
Setelah tamat sesi di Fakulti Sains, adik-adik ini dibawa ke Bilik Senat, Dewan Sultan Iskandar untuk menikmati hidangan tengah hari. Jom usher lagi..
walaupun makan di meja muja, tapi makanan tetap dalam polisterin :)
faktor kelaparan yang tinggi, mungkin menyebabkan mereka langsung tak perasan kehadiran kamera

Kenyang mengisi perut, aktiviti dihentikan seketika untuk memberi laluan untuk para peserta serta semua yang terlibat secara langsung @ tak langsung untuk menjalani kewajipan, Solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail.

Aktiviti petang di sambung selepas tamat menunaikan Solat Jumaat. Tunggu next entry. BTW, untuk gambar, jemputlah ke Fan Pages Smart Camp.

Thursday, April 7, 2011

sambungan Program 3S lagi - BBQ

Setelah penat bermain SUKANEKA & BERKAYAK pada pagi dan petang, untuk sesi malam pula peserta program 3S bersama-sama memeriahkan Balai Cerapan UTM untuk berBBQ. uish.. Jauhnya sampai ke puncak tertinggi di UTM mereka berBBQ. Memang menarik berBBQ di Balai Cerap sebab suatu pengalaman baru buat para peserta. Mungkin ada yang masih tak pernah kan berBBQ di atas sana.

Kalau dah sebut BBQ, memang sah-sahlah proses bakar-membakar dijalankan. Seawal jam 6.00 ++ petang para AJK yang begitu dedikasi telah berada di Balai Cerapan untuk persediaan. Dah bermula jam 8.00 malam para peserta semakin ramai membanjiri balai cerap. Jom intai apa la yang mereka buat atas puncak sana itu.~~
Sah-sah lah kan proses membakar ayam & otak-otak..aik jejaka baju biru awal-awal dah membaham otak-otak :p

Sementara menunggu, lihatlah aksi senonoh mereka semua ini

Yargh...aksi sopan santun dan control macho pun ada jugak!!
Kalau diatas tue aksi senonoh, sopan, control macho dan pelbagai lagi, meh kita tengok pulak aksi ALUMNI nie sementara menunggu makanan semua siap dimasak. Ya, mereka bermain Kad rupanya. Dan yang memang tak disangka, ingatkan Kad Poker ETC ke tapi rupanya kad UNO. Memang terbaek dari ladang la~~
Ha tengok tue, penuh bersemangat ketika aksi ini dirakam
Tanpa disedari akhirnya ayam-ayam yang telah diperap selama tak sampai satu hari itu siap dibakar. Dan kita tengok menu yang disajikan untuk para peserta. Memang kenyang la mereka semua ini.
Ada nasi goreng kampung, ayam BBQ, sosej & otak-otak
Tengoklah betapa teruja Pembantu Felo Penasihat Kelab, en Onn disitu. Memandangkan menu yang disediakan sudah siap serta perut masing-masing sudah bergendang, tibalah masa untuk MAKAN.
Selain masa main UNO, masa nak ambil makanan pun baru la semua serius...ish ish ish

Jurufoto snap sana sini pun tak perasan kecuali abang yang sorang tue..terbaik

Sama-sama membaca doa untuk mendapatkan lagi keberkatan atas rezeki yang diberi dan nyum nyum
Setelah habis juadah, macam biasa kena kemaskanlah apa yang telah diguna serta membuang sampah-sarap. Sambil-sambil berjenaka, memang objektif untuk merapatkan ukhwah antara ahli kelab dapat dicapai melalui pemerhatian serta aksi sepanjang perjalanan aktiviti 3S ini.
Kemas-kemas serta tak tahu apa yang mereka lakukan itu
Sebagai akhirnya, sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para AJK dan urus setia yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan program Semua Sayang SmartCamp (3S) ini berjalan dengan lancar serta memuaskan hati semua pihak. Kepada para peserta juga, semoga jalinan ukhwah yang tercipta akan berkekalan untuk selamanya.
Antara simbol kekuatan Smart Camp berjaya dirakamkan
oter juga mewakili pihak urus setia memohon maaf jika sepanjang perjalanan program ini terdapat sesetengah peserta yang terguris perasaan atas tindak tanduk yang tidak disengajakan. Dan disebabkan aksi & ragam yang terlalu banyak dirakamkan, oter terpaksa menggabungkan menjadi colloge.Have a nice day - Sayang SC