PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, July 10, 2013

EVOLUSI EXTRAVAGANZA 2013 - FASA 1 (DAY 1)


Assalamualaikum,semua!

ada yang rindu update dari Kelab Smart Camp tak? lama sangat dah oter tak update kan? bersawang dah blog ni. kejap. nak sapu semua sawang ni. *dush dush dush* . ok dah. jom kita berjoyah.eh?

pada 28-30 Jun 2013, bertempat di Hutan Rekreasi UTM Skudai, Kelab Smart Camp telah bekerjasama dengan Pusat Tusyen Skor Bestari untuk kali kelimanya, mengadakan Kem Motivasi Evolusi Extravaganza untuk Fasa 1 (UPSR & PMR). kali keLIMA ! kali pertama pada tahun 2009. tak sampai 100 orang pon yang join. masa tu buat dekat outbound Kolej Tun Razak dan program tu diberi nama Accelarator. yang kedua pada tahun 2010. haa. yang kedua tu la permulaan diberi nama EXTRAVAGANZA. tapi masa tu buat 3 hari je. start tahun 2011 buat 2 fasa. fasa 1 untuk PMR & UPSR, fasa 2 untuk SPM. sebabnya,bilangan pelajar yang terlalu ramai....

Matlamat kem ni supaya pelajar dapat meningkatkan motivasi dan jati diri dalam diri masing-masing. selain meningkatkan lagi level confident sekaligus mengeratkan silaturrahim. dah stress belajar,sekali sekala kena pergi untuk kem release tension. kan?

disebabkan terlampau banyak nak diceritakan, so oter bagikan entri mengikut hari ye.kesibukan yang melanda hanya membolehkan oter update yang hari pertama dulu. esok bila free oter update hari kedua pula ye. selamat membaca dan menengok gambar haa.

konsep yang digunakan untuk Fasa 1 ni, konsep tanah jajahan. maksudnya, kumpulan = kerajaan. fasi sebagai penasihat kerajaan, ketua sebagai Raja. Nama kumpulan sebagai nama kerajaan dan warna pasukan sebagai bendera kerajaan. setiap kerajaan akan merampas tanah jajahan kerajaan lain sebagai ganjaran. kumpulan yang paling banyak tanah jajahan akan dikira sebagai pemenang. memang seronok. tambah-tambah masa nak jajah kerajaan lain tu. bising dibuatnya. haha

aktiviti yang pertama adalah Ice Breaking. di mana adik-adik dibahagikan kepada beberapa kumpulan. masa ni la semua nak berkenalan.heee.. pas ice breaking, sesi khidmat diri.makan,mandi,solat.

aktiviti malam dimulakan dengan slot pusat tusyen. pelajar didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan,formula dan banyak lagi la.



wahhh. ralit ye adik-adik kite ni. bagus-bagus! ni baru namanye pelajar contoh.



tahun ni nak UPSR ye dik? fokus tau masa cikgu mengajar.



ni kakak-kakak yang sibuk sediakan makanan dan minuman untuk adik-adik.jangan lupa ucapkan terima kasih pada mereka :)


ops.tertinggal.ni lagi seorang.mereka ni berempat :)


jemput makan.biasalah,lepas belajar mesti lapar balik kan? hehe


lepas makan tak boleh terus tidur.kita ada 1 lagi aktiviti. WAR GAME !! 

siapa yang layan RUNNING MAN ? haa..war game ni lebih kurang running man la. ala.yang tanggalkan sticker pihak lawan tu. tapi kitorang tukar buat kat lengan. kalau letak kat belakang, kertasnya tercabut je. Lima pasukan akan berentap setiap sesi perang. oh, ye. kita ada 10 pasukan kesemuanya. lelaki dan perempuan diasingkan ya. dalam 1 pasukan, akan dibahagikan kepada Attacker dan Defender. tugas Attacker hanya merampas bendera. tak boleh tanggalkan sticker tu. begitu sebaliknya ngan Defender. tugas Defender hanya tanggalkan sticker pihak lawan. kumpulan yang paling banyak merampas bendera,dikira sebagai pemenang. 

Rasional :

1) semangat kerjasama antara satu sama lain
2) langkah pengaturan strategi yang berkesan
3) peranan ketua.



peserta ralit mendengar taklimat ringkas tentang War Game.


atur strategi masing-masing.


siapa nak jadi attacker? siapa nak jadi defender?


abang fasi tolong pakaikan sticker :)


yeah ! kami yakin kami boleh menang !


apa yang penting ? kerjasama ! * gaya wonderpet*


mari berperang ! chaiyok chaiyok !!


ni la ketua fasi kami. kak SYAZA !!


yeah !! kami menang !! jajah jangan tak jajah !


yang ni bukan menang war game. tapi untuk slot petang tu. *mane 1 nak dijajah ni? *


dengan berakhirnya War Game tu, maka tamatlah hari pertama Kem Extravaganza Fasa 1 2013. sebelum tidur, pelajar dieberikan taklimat keselamatan dulu. al-maklumlah, tempat orang. prevent is better than cure,right? hee

p/s :

selamat menjalani ibadah puasa semua ! jangan cuba-cuba nak ponteng ye !


sebarang pertanyaan boleh ke page Facebook kami :

SMART CAMP



Evolusi Extravaganza 2013 - Fasa 1 (Day 2)



No comments:

Post a Comment