PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, March 2, 2011

25 / 2 / 2011 : PERJALANAN BERMULA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat program Semai Bakti di Durian Tunggal, Melaka berjalan dengan lancar walaupun mendapat banyak dugaan dan cabaran semasa gerak kerja sebelum program. banyak pengalaman dan kenangan indah yang kami perolehi sepanjang berada di sana. di sini, oter ingin berkongsi dengan semua pembaca aktiviti-aktiviti kami sepanjang berada di sana.

kami, seramai 25 orang bertolak dari UTM Skudai pada jam 2.30 petang. kami ditemani hujan lebat ketika dalam perjalanan sehinggalah sampai di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka jam 5.30 petang.



muka-muka gembira ketika dalam perjalanan


ketibaan kami disambut oleh penduduk kampung yang terlibat dalam pengambilan anak angkat dengan suasana yang mesra walaupun cuaca ketika itu hujan. majlis dimulakan dengan perasmian program dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Durian Tunggal, YB Datuk Haji Ab Wahab bin Haji Ab Latif. selepas itu kami diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing mengikut senarai nama yang ditetapkan. satu keluarga mendapat 2 orang anak angkat.



penduduk yang menunggu ketibaan kami di balai raya


menunggu dan menanti siapa keluarga angkat masing-masing :)


penyerahan anak angkat


penyerahan anak angkat


selepas penyerahan anak angkat, kami dibenarkan pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk khidmat diri.

aktiviti diteruskan dengan bacaan Yassin pada jam 6.30 petang dan solat maghrib berjemaah di Rumah Pengasih. selepas solat maghrib, kami diberi ceramah oleh Ustaz Sidek yang dijemput oleh penduduk kampung. ceramah yang diberikan sangat menarik. selepas ceramah, kami dijemput untuk makan bersama penduduk kampung. dan ada antara kami mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penghuni Rumah Pengasih.



peserta kusyuk mendengar ceramah


sebahagian penduduk kampung yang memasak 


peserta beramah mesra dengan penghuni Rumah Pengasih



hari pertama kami berakhir dengan kepulangan peserta ke rumah keluarga angkat masing-masing. cerita bersambung....

4 comments:

  1. ko plih kasih dowhh..asyik gmbr syaza jer yg ko upload..hahahaha

    ReplyDelete
  2. ahahhaha..jgn jeles....oyeh pyeh..pic aku byk..ngeee =)

    ReplyDelete
  3. hahahhahhaha..
    rilek r beb..
    baru hari 1st..hahhaa

    ReplyDelete
  4. uwaaaaa~
    bnyk nye gamba syaza....
    HAPUSKAN RASUAH!!!~

    ReplyDelete