PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, February 23, 2011

.: Program Terdekat ; Semai Bakti DUN Durian Tunggal, Melaka :.

Kelab Smart Camp bakal mengorak setapak lagi dalam membantu membentuk keperibadian ahlinya dengan menganjurkan program "Semai Bakti DUN Durian Tunggal" di Kg. Belimbing Dalam, Durian Tunggal Melaka pada 25-27 Februari 2011 ini.
Banner Program [terdapat sedikit kesalah pada tarikhnya]
Program ini adalah berbentuk Khidmat Masyarakat & Khidmat Pendidikan dan mendapat sokongan padu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, YB Datuk Haji Ab Wahab bin Haji Ab Latif. Para peserta daripada ahli Kelab Smart Camp juga akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing yang akan diberikan pada majlis perasmian program kelak.

Antara program & aktiviti yang bakal dijalankan adalah seperti ;
i  - Makan Kenduri Sekampung
ii - Khidmat Pendidikan UPSR
iii- J-Robik
iv- Aktiviti Bersama Penduduk Kampung
v - Bersama Keluarga Angkat

Sokongan dan doa daripada semua pihak amat kami perlukan dalam merealisasikan dan menjayakan Program Semai Bakti DUN Durian Tunggal ini. Segala cerita penuh akan dikemaskinikan selepas program tamat. :)

No comments:

Post a Comment