Semperna UTM International Johor Horse Show 2011, Kelab Smart Camp Kolej Tuanku Canselor telah diamanahkan untuk menganjurkan satu pertandingan iaitu Pertandingan Mewarna Terbuka (pelajar Tabika) pada 12 Mac 2011 yang lepas. Sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada ahli kelab Smart Camp sendiri telah dibentuk bagi melicinkan perjalanan pertandingan mewarna ini.
AJK pertandingan mewarna
Sambutan penyertaan agak menggalakkan dengan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tabika sekitar Taman Universiti telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Dengan yuran penyertaan yang amat murah serta makan tengah hari disediakan untuk peserta dan hadiah keseluruhan yang ditawarkan mencecah RM 200, menjadikan pertandingan ini semakin menarik perhatian para pengunjung terutamanya daripada kalangan ibu bapa @ penjaga yang mempunyai anak.
Seawal jam 8 pagi, ibu bapa sudah sampai di tapak pertandingan bagi mendaftarkan anak-anak mereka sebagai salah seorang peserta. Pelbagai aksi dan ragam dapat dilihat sebelum dan semasa proses pendaftaran peserta dan sebelum pertandingan dimulakan. Jom kita skodeng sikit~~
Sambil menunggu, seorang bapa sedang bermain bersama anak kesayangan :)
Seiringan langkah para ibu memimpin anak mereka menuju ke tapak pertandingan
Ibu bapa sedang mendaftarkan anak mereka sebagai salah seorang peserta
Bukan sahaja ibu bapa, malah guru mereka juga turut serta memberi sokongan
Tepat jam 9.15 pagi, pertandingan dimulakan. Para peserta dibawa naik ke atas pentas utama sebagai tempat pertandingan. Setiap peserta dibekalkan sekeping gambar yang bertemakan alam iaitu gambar Kuda disebuah taman. Aksi dan gelagat selama 1 jam pertandingan ini amat menarik perhatian para pengunjung di tapak Fiesta. Walaupun para ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan untuk bersama-sama anak mereka berada di atas pentas, namun mereka tetap memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi dengan berada di tepi pentas. Jom kita saksikan ragam para peserta serta ibu bapa dan penjaga mereka.~~
Sungguh seronok adik ini dapat bersama-sama kawan-kawan lain. Kelihatan para ibu bapa yang setiasa menemani anak-anak mereka di belakang
Suasana yang sungguh meriah di atas pentas pertandingan
Adik yang khusyuk mewarnakan kuda :)
Golongan ibu sedang merakamkan aksi anak mereka serta melihat dan membantu apa yang patut
Kreatif dan menarik perhatian. Lihat alatan mewarna yang sungguh banyak
Para abang & kakak AJK turut memberikan sokongan moral kepada adik-adik
Walaupun panas pagi yang agak terik, namun adik ini tetap bersemangat menyiapkan lukisannya
Setelah 1 jam berlalu, pertandingan ditamatkan. Abang-abang dan kakak-kakak urus setia amat sporting dalam menguruskan adik-adik ini diatas pentas mahupun dibawah pentas. Keputusan pemilihan pemenang juga dijalankan sejurus tamat pertandingan. Jom skodeng lagi~~
Akak yang ditugaskan menjaga keselamatan para peserta. Dah macam AF kan!!
Peserta menunjukkan hasilnya sendiri kepada ibu bapanya. Cantik & kreatif
Di pihak juri yang sedang menjalankan proses penjurian pemenang
Juri turut pening kepala memilih pemenang memandangkan hasil kerja peserta yang amat menarik
Sementara menunggu keputusan, peserta diberikan belon serta makanan
Setelah hampir 30 minit berehat dan penjurian dijalankan, para pemenang telah diumumkan untuk 10 hadiah saguhati dan 3 hadiah utama. Hadiah telah disampaikan oleh Mantan Pengarah Smart Camp sendiri dengan diiringi oleh Pengarah Program. Sebagai tanda kenang-kenangan, para urus setia dan peserta bergambar bersama-sama di atas pentas pertandingan.
Turut kelihatan 2 orang DJ untuk Fiesta
Kelihatan adik yang memenangi hadiah pertama (baju hijau)
Seronok dan bertuah mereka semua ini
Kenangan bersama-sama sebagai tanda ingatan :)
Sudah tentulah yang puas adalah mereka semua ini :)
Semoga pertandingan mewarna ini yang julung-julung kalinya diuruskan oleh Kelab Smart Camp dapat diteruskan pada masa hadapan. Sekalung tahniah buat urus setia program yang bersama-sama saling membantu bagi melancarkan pertandingan ini. Tahniah buat semua pihak yang menjayakannya.
No comments:
Post a Comment