hari ke-2 diteruskan lagi dengan Khidmat Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. peserta terdiri daripada pelajar Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR seluruh Durian Tunggal. Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Durian Tunggal, YB Datuk Haji Ab Wahab bin Haji Ab Latif.
Antara slot modul yang dijalankan adalah slot Ice-Breaking, Time Management, Mari Belajar dan 5A. Alhamdulillah, slot-slot tersebut mendapat kerjasama penuh dari semua peserta. jom layan gelagat mereka ~
menunggu ketibaan VIP ......
Perasmian oleh VIP
pengenalan Fasi & pembahagian kumpulan
ketua fasi : sabhi
slot ice-breaking dalam kumpulan
Time Management
peserta diminta menyelesaikan 2 tugas iaitu :
a) kolaj : peserta perlu menggunakan kertas A4, koyakkan ikut grid dan tampal pada gambar yang diberikan dalam kad manila ( boleh guna kertas grid dari task (b) )
b) koyakkan kertas- peserta perlu menceraikan kertas masing-masing sebanyak 210 cebisan mengikut grid yang telah disediakan
RASIONAL :
- adik-adik perlu merancang sebelum membuat sebarang tugasan supaya tugasan dapat dilakukan dengan baik
- siapkan tugasan yang mudah dahulu sebelum yang lebih sukar
slot Mari Belajar
- peserta diminta duduk dalam barisan mengikut kumpulan
- wakil kumpulan diminta berdiri dalam jarak 10-15 meter bertentangan dengan ahli kumpulan dan diberikan 1 teks untuk dibaca
- selepas masa tamat, seorang wakil kumpulan akan bacakan semula teks yang disalin tadi
RASIONAL
- adik-adik jangan membuat bising ketika guru mengajar
- adik-adik kalau boleh penuhkan tempat duduk depan jika ada kekosongan
LUNCH TIME ~
RESRESHMENT : Chicken Dance
SLOT 5A
- fasi-fasi akan berdiri di lokasi-lokasi tertentu untuk kawasan kumpulan
- adik-adik akan ditanya subjek UPSR yang mereka tidak suka dan diminta pergi kepada fasi-fasi tertentu. mereka diminta untuk menulis nama dan target untuk UPSR dalam 1 kertas A4.
- adik-adik diminta membaling kertas tersebut dari kawasan masing-masing ke dalam bakul yang disediakan
- fasi-fasi akan kumpulkan kertas-kertas yang berjaya dimasukkan ke dalam bakul
RASIONAL :
- adik-adik yang suka semua matapelajaran lebih mudah untuk mendapatkan 5A
- adik-adik yang ada kelemahan/tidak suka subjek tertentu,lebih sukar untuk mendapatkan 5A, tetapi lebih mudah kalau adik-adik minta bantuan adik-adik yang suka semua matapelajaran
JOM MENYANYI : STANDING IN THE EYES
BERGAMBAR KENANGAN SEBELUM BERPISAH
khidmat pendidikan ni tamat pada jam 5 petang. pada malamnya, tiada aktiviti khusus untuk peserta Program Semai Bakti. peserta meluangkan masa bersama keluarga angkat masing-masing.
Pautan :
No comments:
Post a Comment