Saturday, November 20, 2010

Good Luck for SPM 2010

nampaknya perjuangan adik-adik yang bakal berdepan SPM 2010 bakal bermula tak lama lagi. Dengan kesempatan yang sedikit ini, abang-abang & kakak-kakak fasi daripada Smart Camp ingin mengucapkan Best of Luck untuk anda semua terutama kepada adik-adik yang pernah bersama-sama kami dalam kem-kem yang Smart Camp anjurkan seperti Kem Kepimpinan SMK Agama Kuala Abang, Kem Motivasi Kepimpinan SMK Semenchu, Kem Motivasi Extravaganza 2010 Skor Bestari serta Perkampungan Matematik Sekolah Tinggi Kluang. Kami mendoakan agar adik-adik semua dipermudahkan dalam menjawab soalan-soalan seterusnya melakar kejayaan buat agama, diri, keluarga, sekolah dan semua yang menyokong perjuangan adik-adik.


~ poster khas dari Smart Camp ~

Peluang dan kesempatan kami bersama adik-adik semasa kem-kem tersebut merupakan salah satu kenangan terindah kami sebagai bergelar mahasiswa UTM. Jadikanlah kenangan kita bersama sebagai motivasi dan pembakar semangat adik-adik untuk melangkah lebih jauh daripada kami di Smart Camp dalam merealisaikan impian dan cita-cita adik-adik semua. Ingatlah, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Kami hadiahkan sedikit gambar kenangan buat tatapan adik-adik.



~ SMK Agama Kuala Abang, Terengganu ~


~ SMK Agama Kuala Abang, Terengganu ~


~ SMK Semenchu, Kota Tinggi ~


~ SMK Semenchu, Kota Tinggi ~


~ Extravaganza Skor Bestari ~


~ Extravaganza Skor Bestari ~


~ Bright Future STK, Kluang ~


~ Bright Future STK, Kluang ~

Jika ingin membaca lagi cerita kem ini, adik-adik boleh membaca di sini dan sini [Kem Kepimpinan SMK Agama Kuala Abang], di sini dan sini bagi Kem Motivasi Kepimpinan SMK Semenchu, di sini, sini dan sini untuk Kem Motivasi Extravaganza 2010 dan sini bagi Kem Perkampungan Matematik Sekolah Tinggi Kluang. Sekali lagi kami ucapkan Good Luck dan semoga berjaya. Kami mendoakan adik-adik semua cemerlang dalam bidang masing-masing. Lastly, kami tujukan lagu ini khas buat adik-adik semua.





1 comment:

  1. if i am one of the adik2-- terharu sungguh! sayang akak2 dan abang2 semua! hehehe-- bila SC nak buat makan2 ni! jangan lupa daku!

    ReplyDelete