PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, November 16, 2010

Tahniah buat adik-adik Skor Bestari

Sebelum diteruskan sesi godek-godek fail program-program lepas Smart Camp, terlebih dahulu pihak Smart Camp ingin mengucapkan tahniah kepada semua adik-adik Pusat Tuisyen Skor Bestari yang baru sahaja mendapat keputusan UPSR pada Khamis lepas. Menerut statistik yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Skor Bestari, daripada 64 orang calon, 26 orang telah mendapat 5A, 14 orang mendapat 4A, masing-masing 7 orang untuk 3A dan 2A, serta masing-masing 5 orang untuk 1A dan 0A. Kepada semua adik-adik yang berjaya dengan cemerlang, sekalung tahniah dan teruskan perjuangan kamu dan bagi yang kurang cemerlang, jangan berputus asa kerana perjalanan kamu masih jauh.



senarai adik-adik dari Skor Bestari yang mendapat 5A
- credit to Mr Lee for the picture

Terasa cepat betul masa berlalu. Baru sahaja rasanya Kem Motivasi Extravaganza habis tapi tup tup rupanya dah keluar keputusan UPSR nya. Masih terbayang-bayang lagi kali pertama adik-adik nie sampai ke Hutan Rekreasi dalam hujan lebat dengan mengharungi lecak dan pelbagai rintangan, namun masih tidak mematah semangat adik-adik ini bagi bersama-sama kami beraktiviti. Tak percaya??? Jom back to the future...



~ malam pertama...penuh semangat adik-adik ini menjawab soalan ~


~ tekun mendengar teknik menjawab bersama abg-abg & kakak-kakak ~


~ letih selepas tamat night walk yang mencabar ~


~ meneruskan lagi semangat untuk mendapatkan ilmu ~


~ tewas juga tapi tewas bermaruah...selepas tamat taklimat berehat sebentar ~

Walaupun terdapat pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka tempuhi, namun ianya langsung tidak melunturkan semangat adik-adik ini. Semangat yang ditunjukkan adik-adik amat menakjubkan. Jika ingin dipaparkan, terdapat lagi pelbagai aksi yang menarik yang berjaya disnap namun tak dapat nak publish banyak-banyak disini.


~ fasi & urusetia Kem Extravaganza 2010 ~

Akhir kata, kami daripada Kelab Smart Camp sekali lagi mengucapkan sekalung tahniah kepada adik-adik dari Skor Bestari. Menyusul tak lama lagi keputusan PMR pula serta peperiksaan SPM pula akan menyusul. Kami mendoakan agar semua urusan ini dipermudahkan olehNya. Semoga kita berjumpa lagi... 



No comments:

Post a Comment