PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, March 14, 2011

Sekilas Pertandingan Mewarna UTM IJHS - SmartCamp 2011

Semperna UTM International Johor Horse Show 2011, Kelab Smart Camp Kolej Tuanku Canselor telah diamanahkan untuk menganjurkan satu pertandingan iaitu Pertandingan Mewarna Terbuka (pelajar Tabika) pada 12 Mac 2011 yang lepas. Sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada ahli kelab Smart Camp sendiri telah dibentuk bagi melicinkan perjalanan pertandingan mewarna ini.
AJK pertandingan mewarna
Sambutan penyertaan agak menggalakkan dengan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tabika sekitar Taman Universiti telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Dengan yuran penyertaan yang amat murah serta makan tengah hari disediakan untuk peserta dan hadiah keseluruhan yang ditawarkan mencecah RM 200, menjadikan pertandingan ini semakin menarik perhatian para pengunjung terutamanya daripada kalangan ibu bapa @ penjaga yang mempunyai anak.

Seawal jam 8 pagi, ibu bapa sudah sampai di tapak pertandingan bagi mendaftarkan anak-anak mereka sebagai salah seorang peserta. Pelbagai aksi dan ragam dapat dilihat sebelum dan semasa proses pendaftaran peserta dan sebelum pertandingan dimulakan. Jom kita skodeng sikit~~
Sambil menunggu, seorang bapa sedang bermain bersama anak kesayangan :)
Seiringan langkah para ibu memimpin anak mereka menuju ke tapak pertandingan
Ibu bapa sedang mendaftarkan anak mereka sebagai salah seorang peserta
Bukan sahaja ibu bapa, malah guru mereka juga turut serta memberi sokongan

Tepat jam 9.15 pagi, pertandingan dimulakan. Para peserta dibawa naik ke atas pentas utama sebagai tempat pertandingan. Setiap peserta dibekalkan sekeping gambar yang bertemakan alam iaitu gambar Kuda disebuah taman. Aksi dan gelagat selama 1 jam pertandingan ini amat menarik perhatian para pengunjung di tapak Fiesta. Walaupun para ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan untuk bersama-sama anak mereka berada di atas pentas, namun mereka tetap memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi dengan berada di tepi pentas. Jom kita saksikan ragam para peserta serta ibu bapa dan penjaga mereka.~~
Sungguh seronok adik ini dapat bersama-sama kawan-kawan lain. Kelihatan para ibu bapa yang setiasa menemani anak-anak mereka di belakang
Suasana yang sungguh meriah di atas pentas pertandingan
Adik yang khusyuk mewarnakan kuda :)
Golongan ibu sedang merakamkan aksi anak mereka serta melihat dan membantu apa yang patut
Kreatif dan menarik perhatian. Lihat alatan mewarna yang sungguh banyak
Para abang & kakak AJK turut memberikan sokongan moral kepada adik-adik
Walaupun panas pagi yang agak terik, namun adik ini tetap bersemangat menyiapkan lukisannya

Setelah 1 jam berlalu, pertandingan ditamatkan. Abang-abang dan kakak-kakak urus setia amat sporting dalam menguruskan adik-adik ini diatas pentas mahupun dibawah pentas. Keputusan pemilihan pemenang juga dijalankan sejurus tamat pertandingan. Jom skodeng lagi~~
Akak yang ditugaskan menjaga keselamatan para peserta. Dah macam AF kan!!
Peserta menunjukkan hasilnya sendiri kepada ibu bapanya. Cantik & kreatif
Di pihak juri yang sedang menjalankan proses penjurian pemenang
Juri turut pening kepala memilih pemenang memandangkan hasil kerja peserta yang amat menarik
Sementara menunggu keputusan, peserta diberikan belon serta makanan

Setelah hampir 30 minit berehat dan penjurian dijalankan, para pemenang telah diumumkan untuk 10 hadiah saguhati dan 3 hadiah utama. Hadiah telah disampaikan oleh Mantan Pengarah Smart Camp sendiri dengan diiringi oleh Pengarah Program. Sebagai tanda kenang-kenangan, para urus setia dan peserta bergambar bersama-sama di atas pentas pertandingan.
Turut kelihatan 2 orang DJ untuk Fiesta
Kelihatan adik yang memenangi hadiah pertama (baju hijau)
Seronok dan bertuah mereka semua ini
Kenangan bersama-sama sebagai tanda ingatan :)
Sudah tentulah yang puas adalah mereka semua ini :)

Semoga pertandingan mewarna ini yang julung-julung kalinya diuruskan oleh Kelab Smart Camp dapat diteruskan pada masa hadapan. Sekalung tahniah buat urus setia program yang bersama-sama saling membantu bagi melancarkan pertandingan ini. Tahniah buat semua pihak yang menjayakannya. 

Untuk gelagat dan aksi lain, boleh lihat di Facebook Zulic. Album 1 dan Album 2.

Sunday, March 13, 2011

27 / 2 / 2011 : KHIDMAT MASYARAKAT & PENUTUP

setiap permulaan pasti ada penamatnya. begitu juga perjalanan program kami. hari ke-3 di sana kami isi dengan program yang lebih merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara penduduk kampung dan mahasiswa/i iaitu program Khidmat Masyarakat.

kami mulakan pagi kami dengan senaman aerobik yang turut disertai oleh penduduk kampung di hadapan sekolah agama lama (sekolah agama Belimbing Dalam). jurulatih untuk senaman aerobik ni dijemput khas oleh penduduk kampung. kami sangat terpegun dengan jurulatih itu. kenapa? jeng jeng jeng.....



walau dah berusia, beliau masih kuat dan mampu mengendalikan aerobik dengan baik. kami yang muda-mudi ni pon tak dapat nak lawan kehebatan beliau. baru 2 3 step dah pancit. haha



pakcik-pakcik yang bersemangat :)







selepas senaman aerobik, kami makan nasi lemak dan kuih muih yang disediakan. sementara menunggu untuk khidmat masyarakat, kami terkejut dengan kedatangan sekumpulan mat-mat motor ( bukan mat rempit yep ). owh, rupanya ada pelepasan konvoi pemuda UMNO ke Port Dickson. kami tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan sebuah motor yang wow ! :)



tadaaa~ sangat teruja dengan motor ni.




selepas pelepasan konvoi, kami mulakan khidmat masyarakat kami dengan mengagihkan kepada 2 kumpulan. kumpulan perempuan membersihkan sekitar sekolah manakala pelajar lelaki membersihkan sepanjang jalan ke kampung Parit Melana.





keadaan kelas selepas dibersihkan





berehat setelah penat membersihkan kawasan kampung


setelah siap membersihkan semua kawasan yang telah diagihkan, peserta dibenarkan membuat aktiviti bersama keluarga masing-masing sebelum Majlis Penutup yang diadakan di Balairaya. antara aktiviti yang dilakukan adalah, jalan-jalan keliling kampung, pergi kenduri kahwin, berehat bersama keluarga dan banyak lagi.

Majlis Penutup dan Penyerahan semula anak angkat dimulakan pada jam 3 ptg dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Durian Tunggal, YB Datuk Haji Ab Wahab bin Haji Ab Latif.













bergambar kenangan sebelum pulang ke UTM

peserta pulang ke UTM pada jam 5.30 petang. walaupun penat, kami gembira kerana dapat menimba pengalaman yang sangat berguna. diharap program seperti ini dapat dianjurkan dan hubungan antara peserta dan penduduk kampung terus terjalin.

PAUTAN :




Friday, March 4, 2011

26 / 2 / 2011 : KHIDMAT PENDIDIKAN

hari ke-2 diteruskan lagi dengan Khidmat Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. peserta terdiri daripada pelajar Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR seluruh Durian Tunggal. Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Durian Tunggal, YB Datuk Haji Ab Wahab bin Haji Ab Latif.

Antara slot modul yang dijalankan adalah slot Ice-Breaking, Time Management, Mari Belajar dan 5A. Alhamdulillah, slot-slot tersebut mendapat kerjasama penuh dari semua peserta. jom layan gelagat mereka ~



menunggu ketibaan VIP ......
















Perasmian oleh VIP







pengenalan Fasi & pembahagian kumpulan


ketua fasi : sabhi


slot ice-breaking dalam kumpulan




Time Management

peserta diminta menyelesaikan 2 tugas iaitu :

a) kolaj : peserta perlu menggunakan kertas A4, koyakkan ikut grid dan tampal pada gambar yang diberikan dalam kad manila ( boleh guna kertas grid dari task (b) )

b) koyakkan kertas- peserta perlu menceraikan kertas masing-masing sebanyak 210 cebisan mengikut grid yang telah disediakan





















RASIONAL :

- adik-adik perlu merancang sebelum membuat sebarang tugasan supaya tugasan dapat dilakukan dengan baik
- siapkan tugasan yang mudah dahulu sebelum yang lebih sukar




slot Mari Belajar

- peserta diminta duduk dalam barisan mengikut kumpulan
- wakil kumpulan diminta berdiri dalam jarak 10-15 meter bertentangan dengan ahli kumpulan dan diberikan 1 teks untuk dibaca
- selepas masa tamat, seorang wakil kumpulan akan bacakan semula teks yang disalin tadi















RASIONAL

- adik-adik jangan membuat bising ketika guru mengajar
- adik-adik kalau boleh penuhkan tempat duduk depan jika ada kekosongan



LUNCH TIME ~








RESRESHMENT : Chicken Dance












SLOT 5A

- fasi-fasi akan berdiri di lokasi-lokasi tertentu untuk kawasan kumpulan
- adik-adik akan ditanya subjek UPSR yang mereka tidak suka dan diminta pergi kepada fasi-fasi tertentu. mereka diminta untuk menulis nama dan target untuk UPSR dalam 1 kertas A4.
- adik-adik diminta membaling kertas tersebut dari kawasan masing-masing ke dalam bakul yang disediakan
- fasi-fasi akan kumpulkan kertas-kertas yang berjaya dimasukkan ke dalam bakul












RASIONAL :

- adik-adik yang suka semua matapelajaran lebih mudah untuk mendapatkan 5A
- adik-adik yang ada kelemahan/tidak suka subjek tertentu,lebih sukar untuk mendapatkan 5A, tetapi lebih mudah kalau adik-adik minta bantuan adik-adik yang suka semua matapelajaran



JOM MENYANYI : STANDING IN THE EYES





















BERGAMBAR KENANGAN SEBELUM BERPISAH
















khidmat pendidikan ni tamat pada jam 5 petang. pada malamnya, tiada aktiviti khusus untuk peserta Program Semai Bakti. peserta meluangkan masa bersama keluarga angkat masing-masing.

Pautan :