PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, March 4, 2011

26 / 2 / 2011 : KHIDMAT PENDIDIKAN

hari ke-2 diteruskan lagi dengan Khidmat Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. peserta terdiri daripada pelajar Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR seluruh Durian Tunggal. Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Durian Tunggal, YB Datuk Haji Ab Wahab bin Haji Ab Latif.

Antara slot modul yang dijalankan adalah slot Ice-Breaking, Time Management, Mari Belajar dan 5A. Alhamdulillah, slot-slot tersebut mendapat kerjasama penuh dari semua peserta. jom layan gelagat mereka ~



menunggu ketibaan VIP ......
















Perasmian oleh VIP







pengenalan Fasi & pembahagian kumpulan


ketua fasi : sabhi


slot ice-breaking dalam kumpulan




Time Management

peserta diminta menyelesaikan 2 tugas iaitu :

a) kolaj : peserta perlu menggunakan kertas A4, koyakkan ikut grid dan tampal pada gambar yang diberikan dalam kad manila ( boleh guna kertas grid dari task (b) )

b) koyakkan kertas- peserta perlu menceraikan kertas masing-masing sebanyak 210 cebisan mengikut grid yang telah disediakan





















RASIONAL :

- adik-adik perlu merancang sebelum membuat sebarang tugasan supaya tugasan dapat dilakukan dengan baik
- siapkan tugasan yang mudah dahulu sebelum yang lebih sukar




slot Mari Belajar

- peserta diminta duduk dalam barisan mengikut kumpulan
- wakil kumpulan diminta berdiri dalam jarak 10-15 meter bertentangan dengan ahli kumpulan dan diberikan 1 teks untuk dibaca
- selepas masa tamat, seorang wakil kumpulan akan bacakan semula teks yang disalin tadi















RASIONAL

- adik-adik jangan membuat bising ketika guru mengajar
- adik-adik kalau boleh penuhkan tempat duduk depan jika ada kekosongan



LUNCH TIME ~








RESRESHMENT : Chicken Dance












SLOT 5A

- fasi-fasi akan berdiri di lokasi-lokasi tertentu untuk kawasan kumpulan
- adik-adik akan ditanya subjek UPSR yang mereka tidak suka dan diminta pergi kepada fasi-fasi tertentu. mereka diminta untuk menulis nama dan target untuk UPSR dalam 1 kertas A4.
- adik-adik diminta membaling kertas tersebut dari kawasan masing-masing ke dalam bakul yang disediakan
- fasi-fasi akan kumpulkan kertas-kertas yang berjaya dimasukkan ke dalam bakul












RASIONAL :

- adik-adik yang suka semua matapelajaran lebih mudah untuk mendapatkan 5A
- adik-adik yang ada kelemahan/tidak suka subjek tertentu,lebih sukar untuk mendapatkan 5A, tetapi lebih mudah kalau adik-adik minta bantuan adik-adik yang suka semua matapelajaran



JOM MENYANYI : STANDING IN THE EYES





















BERGAMBAR KENANGAN SEBELUM BERPISAH
















khidmat pendidikan ni tamat pada jam 5 petang. pada malamnya, tiada aktiviti khusus untuk peserta Program Semai Bakti. peserta meluangkan masa bersama keluarga angkat masing-masing.

Pautan :






Wednesday, March 2, 2011

25 / 2 / 2011 : PERJALANAN BERMULA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat program Semai Bakti di Durian Tunggal, Melaka berjalan dengan lancar walaupun mendapat banyak dugaan dan cabaran semasa gerak kerja sebelum program. banyak pengalaman dan kenangan indah yang kami perolehi sepanjang berada di sana. di sini, oter ingin berkongsi dengan semua pembaca aktiviti-aktiviti kami sepanjang berada di sana.

kami, seramai 25 orang bertolak dari UTM Skudai pada jam 2.30 petang. kami ditemani hujan lebat ketika dalam perjalanan sehinggalah sampai di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka jam 5.30 petang.



muka-muka gembira ketika dalam perjalanan


ketibaan kami disambut oleh penduduk kampung yang terlibat dalam pengambilan anak angkat dengan suasana yang mesra walaupun cuaca ketika itu hujan. majlis dimulakan dengan perasmian program dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Durian Tunggal, YB Datuk Haji Ab Wahab bin Haji Ab Latif. selepas itu kami diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing mengikut senarai nama yang ditetapkan. satu keluarga mendapat 2 orang anak angkat.



penduduk yang menunggu ketibaan kami di balai raya


menunggu dan menanti siapa keluarga angkat masing-masing :)


penyerahan anak angkat


penyerahan anak angkat


selepas penyerahan anak angkat, kami dibenarkan pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk khidmat diri.

aktiviti diteruskan dengan bacaan Yassin pada jam 6.30 petang dan solat maghrib berjemaah di Rumah Pengasih. selepas solat maghrib, kami diberi ceramah oleh Ustaz Sidek yang dijemput oleh penduduk kampung. ceramah yang diberikan sangat menarik. selepas ceramah, kami dijemput untuk makan bersama penduduk kampung. dan ada antara kami mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penghuni Rumah Pengasih.



peserta kusyuk mendengar ceramah


sebahagian penduduk kampung yang memasak 


peserta beramah mesra dengan penghuni Rumah Pengasih



hari pertama kami berakhir dengan kepulangan peserta ke rumah keluarga angkat masing-masing. cerita bersambung....

Wednesday, February 23, 2011

.: Program Terdekat ; Semai Bakti DUN Durian Tunggal, Melaka :.

Kelab Smart Camp bakal mengorak setapak lagi dalam membantu membentuk keperibadian ahlinya dengan menganjurkan program "Semai Bakti DUN Durian Tunggal" di Kg. Belimbing Dalam, Durian Tunggal Melaka pada 25-27 Februari 2011 ini.
Banner Program [terdapat sedikit kesalah pada tarikhnya]
Program ini adalah berbentuk Khidmat Masyarakat & Khidmat Pendidikan dan mendapat sokongan padu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, YB Datuk Haji Ab Wahab bin Haji Ab Latif. Para peserta daripada ahli Kelab Smart Camp juga akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing yang akan diberikan pada majlis perasmian program kelak.

Antara program & aktiviti yang bakal dijalankan adalah seperti ;
i  - Makan Kenduri Sekampung
ii - Khidmat Pendidikan UPSR
iii- J-Robik
iv- Aktiviti Bersama Penduduk Kampung
v - Bersama Keluarga Angkat

Sokongan dan doa daripada semua pihak amat kami perlukan dalam merealisasikan dan menjayakan Program Semai Bakti DUN Durian Tunggal ini. Segala cerita penuh akan dikemaskinikan selepas program tamat. :)

Wednesday, February 16, 2011

MALAM BINTANG BERGEMERLAPAN

selamat pagi, semua ! maaf, ye. hari ni oter bangun awal semata-mata nak update entri ni. waktu camni jela internet laju. cerita ni sebenarnye cerita 12hb lagi. cerita kami :)

hari tu, kolej tercinta, Kolej Tuanku Canselor telah mengadakan annual dinner bagi menghargai pelajar-pelajar tahun akhir serta warga kolej. dinner tersebut diadakan di Dewan Sultan Iskandar. pelbagai anugerah disediakan. antaranya ialah ANUGERAH KELAB TERBAIK. dan penerima anugerah tersebut adalah.....

tadaaaa....


SMART CAMP !




pengarah kami, faizal :)
kredit to ipin for this picture (photographer)



selepas majlis tamat :)
kredit to zulic for this picture



tadaaa ~ ni la award yang kami dapat. hari-hari mau berkilat :)


dengan adanya anugerah ni, diharap Smart Camp terus maju melangkah ke hadapan. sayang SC !



Thursday, January 20, 2011

KEM PROFESIONALISME 2011


salam,semua ! Alhamdulillah. pada 15 & 16 Januari, Smart Camp telah mengadakan program pertama mereka untuk tahun 2011. program yang diberi nama KEM PROFESIONALISME itu diadakan bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan setiap ahli dalam hal-hal berkaitan protokol supaya mampu mengendalikan sesuatu majlis terutama majlis penutup yang biasanya diadakan di setiap akhir khidmat pendidikan.

KEM PROFESIONALISME ini diadakan di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor. pelbagai aktiviti menarik diadakan. walaupun kem ini diadakan dalam mase yang singkat, para peserta sangat berpuas hati dengan mutu layanan yang diberikan serta modul-modul yang dijalankan.

antara-antara gambar hari kejadian :























































diharap kem seperti ini dapat
dianjurkan lagi di masa akan datang...



Friday, January 14, 2011

MEETING BESAR

salam,readers ! dah lame oter tak update cerita baru kan? al-maklumlah, baru buka semester baru. so, sibukla sikit ye. kali ni oter nak cerita sedikit pasal meeting besar antara semua ahli Smart Camp yang diadakan pada 10 Januari 2011 aritu.

meeting ni diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli tak kira la yang dah super senior, senior mahupun junior. selain tu, kitorang turut membincangkan tentang program-program yang bakal diadakan nanti. dan program yang bakal diadakan dalam masa yang terdekat ni adalah Kem Profesionalisme yang akan diadakan di Tiram Indah Village, Ulu Tiram pada 15 & 16 Januari nanti. 

jom kite tengok ragam ahli-ahli Smart Camp sepanjang meeting...



cam biasa,kami akan duduk dalam bulatan yang dinamakan bulatan ukhuwah









ni mase slot hadi, kena apungkan jarum atas air ye..



kumpulan pertama yang berjaya apungkan jarum :)