PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, April 4, 2011

sambungan ringkasan program 3S - KAYAK

Setelah berehat hampir 2 jam, aktiviti 3S diteruskan lagi dengan aktivit berKAYAK. Yer... KAYAK. Namun disebabkan faktor keletihan dan cuaca yang begitu baik sekali, ramai peserta telah 'syahid' atas katil. Penangan SUKANEKA punyer hal. Tetapi aktiviti tetap diteruskan. Aktiviti berKAYAK yang sepatutnya dijalankan di Tasek Outbond berhampiran Pusat Kesihatan Universiti terpaksa ditukar tempatnya ke Tasek Ilmu (tasek utama) atas sebab teknikal daripada pihak KAYAK sendiri. 

Namun, ianya bukan satu masalah besar kerana kami menganggap ianya satu keistimewaan atas alasan bukan semua pelajar dapat merasai berKAYAK di Tasek Utama. Ha.. anda pernah??? Tak pernah??? Rugi-rugi :) . Bagi yang mengikuti aktiviti berKAYAK ini, memang anda bertuah kan~~ Jom kita tengok aksi-aksi mereka yang bertuah ini :P

Macam biasa, aktiviti berKAYAK ini mestilah dimulakan dengan sesi taklimat ringkas daripada mereka yang mahir - Kelab Kayak UTM. Aspek keselamatan yang paling penting kerana silap langkah, anda terbalik bersama kayak anda.
Muka excited para peserta kayak ditambah dengan abg Faci sebagai instructor stretching serta seorang model Korea
Masing-masing tekun mendengar arahan Abg Faci ketika sesi regangan
Dan, sejurus tamat sesi regangan dengan perasaan yang membuak-buak dan tak sabar untuk berlepas, semua peserta terus teruja untuk membelah Tasek UTM. Jom ushar~~
Jurufoto amatur berjaya merakamkan aksi candid tanpa disedari
Sama-sama membelah arus di Tasek
Ada yang cool ada yang gelabah ada tersenyum lebar ; macam-macam ADA
Aksi dan perasaan masing-masing semakin excited sehinggakan semua peserta hanya mampu tersenyum lebar menampakkan satu kepuasan dapat berKAYAK di Tasek UTM yang selama ini hanya dapat melihat orang jer berkayak di situ kan.
Tu dia..seronok sangat para peserta DAN tiba-tiba sebijik BOLA telah 'dihumba' ke Tasek
Seronok bermain tapi aksi utk potoshot tetap MERIAH..lihatlah
Dikala peserta seronok bermain, berpusing dan segala BER- di Tasek, tiba-tiba sebuah kayak telah terbalik di tengah Tasek itu. Ha secara live dapat dilihat. Kita tengok babak-babak 'CEMAS' itu.
Tue dia..macam mana boleh terbalik hanya mereka yang tahu. Kelihatan petugas itu berlari utk memberikan bantuan
Dan kita lihat siapakah wajah disebalik kayak yang terbalik itu. Ya.. 2 jejaka rupanya yang terbalik. Ingatkan gadis-gadis tadi..Macam mana ni bro boleh terbalik????
Inilah 2 jejaka tersebut - Abg Fasi Fitri & Rafi. Kelihatan gambar kecil bersorak kegelakkan :p
Memandangkan masa yang ditempah dari jam 2 petang - 6 petang, memang puas habis peserta melenjan kayak dan tasek itu. Kita teruskan lagi penjelajahan melihat aksi dan ragam mereka. Zasss~~
Sana sini dan pelbagai sudut utk dirakam
Berkumpul ramai-ramai ataupun bahasa peserta pada ketika itu - "MITING"
Beberapa siri "MITING" dirakamkan sambil membincangkan siri dan sesi pakatan. Memang menyeronokkan sungguh sessi KAYAKkking ini.
Aneka ragam para peserta lagi
Dan faktor keletihan yang melampau, ditambah pulak bakal diadakan sesi BBQ pula pada malam harinya. aktiviti berKAYAK ini ditamatkan sejam awal iaitu jam 5 petang. Masing-masing sudah keletihan dan hendak berehat seketika sebelum sesi malam pulak
Menghampiri utk mendarat 
Sesi berkemas ; kelihatan bekas Pengarah & S/U SmartCamp sesi lepas bersama-sama berKAYAKking
Aktiviti KAYAKking ini amat menyeronokkan dan jelas terpancar kepuasan di wajah masing-masing setelah tamat sesi berkayak. Kepada yang tak turun akibat 'syahid' tue, suatu kerugian sebab anda dah bayar tapi tak turun...hehe...Okey... Lepas ini akan diteruskan sesi BBQ

Saturday, April 2, 2011

Program Semua Sayang SmartCamp (3S) - Sukaneka

Acara tahunan SmartCamp ; Family Day ataupun kali ini diberi nama Semua Sayang SmartCamp (3S) telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Mac 2011 yang lepas di sekitar Kolej Tuanku Canselor, Tasek serta Balai Cerap. Pada kali ini, aktiviti dijalankan dengan konsep 3 in 1 iaitu Sukaneka-Kayak-BBQ dalam masa 1 hari. Menurut Pengarah program yang merangkap Pengarah Kelab, saudara Faizal, program 3S ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara ahli Smart Camp sendiri tidak kira junior, senior mahupun Alumni.

Untuk sesi ini, oter akan berkongsi kemeriahan dan suasana yang memang havoc bersama anda semua untuk aktiviti Sukaneka sahaja. Untuk Kayak & BBQ, tunggu entri seterusnya. Sukaneka ini dimulakan dengan ice breaking yang agak menarek tapi malangnya jurufoto lambat sampai. Jadi, saat berjalannya sesi ice breaking tidak dapat dirakamkan. Seterusnya dijalankan aktiviti dalam kumpulan iaitu game "Musang Berjanggut"

Para jejaka dan gadis SC yang khusyuk menjalankan proses pengasingan

Aksi salah satu kumpulan..abang berbaju kuning yang sungguh sopan :P

Suasana ketika masa ditamatkan..masing-masing tak puas hati :)
Seterusnya game "Pindahkan Getah Guna Straw dan Mulut"

Aksi 3 dalam 1 ; cik kak cekak pinggang, en jejaka yang control macho serta en jejaka yang bergaya

Perjalanan game yang terus dijalankan ; kelihatan aksi santai penyambut yang terakhir sambil berehat
Tamat jer game ke-2, terus game "Belon Air"
Lihatlah gaya dan aksi pejuang-pejuang belon air ini.. ada yang cam takut jer ada yg mampu tersenyum dan paling gerek ada yang mencekak pinggang jer...

disinilah bermulanya aksi sebenar...sungguh gentleman sekali
Tamat perang belon, teruskan dengan senjata tali. Lihat kepantasan mereka.
Salah satu kumpulan yang sedang cuba untuk melepaskan ikatan

YEay..bersorak penuh keriangan namun mereka tetap kalah
Memandangkan cuaca semakin terik, game seterusnya bertukar ke kawasan pokok-pokok di sekitar KTC.
Kita layan aksi zombie yang lagi mengancam
Memang sporting habis la para peserta dalam membawa hala tuju pasukan masing-masing

Bukan jejaka sahaja, si gadis pun turut sama naik..
Tamatnya game tepung @ zombie ini, disusuli dengan game kertas namun faktor keletihan telah membawa kepada berehatnya para peserta. Sambil berehat, kita tengok apa yang berlaku
Sesi pakatan sedang berlangsung antara peserta
Dan hasil daripada perbincangan pakatan peserta, kita lihat 
^
^
^
^
^
Abang Faci kene buli CIUM POKOK sambil ucap kat pokok itu "I LOVE U"
p/s : aksi akak Fasi telah didelete gambar nya....tak tahu siapa ada simpan
Okey, tamatlah liputan ringkas sesi SUKANEKA 3S yang sungguh enjoyable sekali. Sampaikan ada petugas dari Skudai Post turut tertarik dengan aktivit yang dijalankan dan bakal diterbitkan. Dapatkan senaskah untuk simpanan @ arkib kelab :)
Dan inilah antara mereka yang telah menjayakan aktiviti 3S pada tahun ini...

Sesi pertama - SUKANEKA ini ditutup dengan jamuan makan tengah hari yang ditempah khas daripada MakLong Cafe. Untuk cerita seterusnya, tunggun sebentar... Chill

Monday, March 14, 2011

Sekilas Pertandingan Mewarna UTM IJHS - SmartCamp 2011

Semperna UTM International Johor Horse Show 2011, Kelab Smart Camp Kolej Tuanku Canselor telah diamanahkan untuk menganjurkan satu pertandingan iaitu Pertandingan Mewarna Terbuka (pelajar Tabika) pada 12 Mac 2011 yang lepas. Sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada ahli kelab Smart Camp sendiri telah dibentuk bagi melicinkan perjalanan pertandingan mewarna ini.
AJK pertandingan mewarna
Sambutan penyertaan agak menggalakkan dengan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tabika sekitar Taman Universiti telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Dengan yuran penyertaan yang amat murah serta makan tengah hari disediakan untuk peserta dan hadiah keseluruhan yang ditawarkan mencecah RM 200, menjadikan pertandingan ini semakin menarik perhatian para pengunjung terutamanya daripada kalangan ibu bapa @ penjaga yang mempunyai anak.

Seawal jam 8 pagi, ibu bapa sudah sampai di tapak pertandingan bagi mendaftarkan anak-anak mereka sebagai salah seorang peserta. Pelbagai aksi dan ragam dapat dilihat sebelum dan semasa proses pendaftaran peserta dan sebelum pertandingan dimulakan. Jom kita skodeng sikit~~
Sambil menunggu, seorang bapa sedang bermain bersama anak kesayangan :)
Seiringan langkah para ibu memimpin anak mereka menuju ke tapak pertandingan
Ibu bapa sedang mendaftarkan anak mereka sebagai salah seorang peserta
Bukan sahaja ibu bapa, malah guru mereka juga turut serta memberi sokongan

Tepat jam 9.15 pagi, pertandingan dimulakan. Para peserta dibawa naik ke atas pentas utama sebagai tempat pertandingan. Setiap peserta dibekalkan sekeping gambar yang bertemakan alam iaitu gambar Kuda disebuah taman. Aksi dan gelagat selama 1 jam pertandingan ini amat menarik perhatian para pengunjung di tapak Fiesta. Walaupun para ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan untuk bersama-sama anak mereka berada di atas pentas, namun mereka tetap memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi dengan berada di tepi pentas. Jom kita saksikan ragam para peserta serta ibu bapa dan penjaga mereka.~~
Sungguh seronok adik ini dapat bersama-sama kawan-kawan lain. Kelihatan para ibu bapa yang setiasa menemani anak-anak mereka di belakang
Suasana yang sungguh meriah di atas pentas pertandingan
Adik yang khusyuk mewarnakan kuda :)
Golongan ibu sedang merakamkan aksi anak mereka serta melihat dan membantu apa yang patut
Kreatif dan menarik perhatian. Lihat alatan mewarna yang sungguh banyak
Para abang & kakak AJK turut memberikan sokongan moral kepada adik-adik
Walaupun panas pagi yang agak terik, namun adik ini tetap bersemangat menyiapkan lukisannya

Setelah 1 jam berlalu, pertandingan ditamatkan. Abang-abang dan kakak-kakak urus setia amat sporting dalam menguruskan adik-adik ini diatas pentas mahupun dibawah pentas. Keputusan pemilihan pemenang juga dijalankan sejurus tamat pertandingan. Jom skodeng lagi~~
Akak yang ditugaskan menjaga keselamatan para peserta. Dah macam AF kan!!
Peserta menunjukkan hasilnya sendiri kepada ibu bapanya. Cantik & kreatif
Di pihak juri yang sedang menjalankan proses penjurian pemenang
Juri turut pening kepala memilih pemenang memandangkan hasil kerja peserta yang amat menarik
Sementara menunggu keputusan, peserta diberikan belon serta makanan

Setelah hampir 30 minit berehat dan penjurian dijalankan, para pemenang telah diumumkan untuk 10 hadiah saguhati dan 3 hadiah utama. Hadiah telah disampaikan oleh Mantan Pengarah Smart Camp sendiri dengan diiringi oleh Pengarah Program. Sebagai tanda kenang-kenangan, para urus setia dan peserta bergambar bersama-sama di atas pentas pertandingan.
Turut kelihatan 2 orang DJ untuk Fiesta
Kelihatan adik yang memenangi hadiah pertama (baju hijau)
Seronok dan bertuah mereka semua ini
Kenangan bersama-sama sebagai tanda ingatan :)
Sudah tentulah yang puas adalah mereka semua ini :)

Semoga pertandingan mewarna ini yang julung-julung kalinya diuruskan oleh Kelab Smart Camp dapat diteruskan pada masa hadapan. Sekalung tahniah buat urus setia program yang bersama-sama saling membantu bagi melancarkan pertandingan ini. Tahniah buat semua pihak yang menjayakannya. 

Untuk gelagat dan aksi lain, boleh lihat di Facebook Zulic. Album 1 dan Album 2.